wassalam ~~
Andai kau ingin seorang kawan jangan kerana ilmunya , kerana apabila dia buntu kau mungkin akan memfitnahnya ...
Makna Sebuah Ikatan PERSAHABATAN
Persahabatan ? Maknanya kawan bukan ? Setiap manusia di muka bumi ini pasti akan ada sekurang-kurangnya seorang SAHABAT . Seorang manusia tidak mungkin akan dapat hidup jika dia tidak mempunyai seorang KAWAN ataupun SAHABAT . Kawan ataupun Sahabat merupakan orang kedua bagi seseorang itu untuk meluahkan isi hatinya . Tidak semua perkara kita boleh berkongsi dengan keluarga kita , tapi kita bukan ingin menghindari keluarga sendiri . Terdapat sesetengah manusia yang lebih selesa berkongsi masalah mereka pada Kawan mahupun Sahabat mereka , mungkin dia berasa kurang senang jika dia berkongsi cerita dengan ahli keluarga dan mungkin juga masalah yang dihadapi kurang sesuai untuk ahli keluarganya . Sebagai seorang kawan mahupun Sahabat , kita haruslah bersedia sepanjang masa untuk Kawan ataupun Sahabat kita untuk meluahkan isi hatinya dan sebagai seorang Kawan mahupun Sahabat janganlah kita mendampinginya pada waktu senangnya sahaja .
wassalam ~~
wassalam ~~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment